Malang tak berbau....
hello...
i was reading Hmetro online when i see this news... i could not imagine how the mother is coping with the situation now.. it must be very very very hard for her.. n' i'm not blaming her also.. this incident could happen to anybody.. even us... :'(
From Hmetro:
Ibu meratap tergilis anak
KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu terduduk dan meratap hiba di sisi mayat anak perempuannya apabila kereta dipandu dikatakan mengundur sebelum menggilis badan kanak-kanak berusia dua tahun itu, malam semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di rumahnya, di Kampung Malayu Subang di sini, wanita berusia 30-an itu dikatakan tergesa-gesa mengundur kereta masuk ke dalam garaj tanpa menyedari mangsa berada di belakang.
Menurut sumber, dalam keadaan kelam-kabut itu, wanita berkenaan segera memberhentikan kereta untuk membuat pemeriksaan selepas menyedari dia melanggar objek.
“Mangsa tidak menduga objek itu anak perempuannya yang tersepit di bawah kereta berlumuran darah serta tidak sedarkan diri dipercayai akibat cedera parah di badan.
“Melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri, dia cuba mengeluarkan mangsa tetapi gagal,” katanya.
Dia yang panik selepas melihat keadaan anaknya menjerit akibat gagal mengeluarkan mangsa selepas beberapa kali mencuba.
Jeritan wanita itu mengejutkan suami dan ahli keluarga lain yang bergegas membantu.
Jiran serta orang ramai yang menyedari kejadian itu mengangkat kereta berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dan usaha selama 10 minit akhirnya berjaya.
Sejurus dikeluarkan, mangsa dibawa ke hopital berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Difahamkan, mangsa dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang.
Sementara itu, Ketua Pollis Daerah Petaling Jaya, Asisten komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kami belum dapat memastikan bagaimana kejadian itu berlaku berikutan ibu mangsa masih bersedih dengan tragedi itu. Kami juga tidak mahu menyalahkan sesiapa bagaimanapun wanita itu akan dipanggil untuk diambil keterangan.
“Semuanya bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.
Hrmmm.. once i'm back might be i will tell hubby not to park our car inside the house anymore.. :( ... we never know wht might happen.. these kids, they r very young.. n' not wise enuf to be aware of danger...
Cheers,
Intan...
Loc: Dubai
09-Jun-2009
1 Comments:
betul tu intan...skrg ni mcm2 le jd...baik berhati2 seblm terjadi
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home